Aperture

Hai semua..
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Ety datang lagi..hari tue kita dah belajar tentang ISO kan..So,kali ney Ety nak try ajar..try jelah eyk..hehe..nak ajar Aperture.Pernah dengar tak?Em,korang tahu tak apa benda ney..hihi..Jom kita belajar.


Apa itu Aperture?

  • Aperture ni adalah bukaan iris pada lensa.Mekanisma yang terletak pada lense iaitu diameter yang mengawal kemasukkan cahaya.
  • Jika bukaan diameter tue lebih luas, maka lebih banyaklah cahaya yang boleh masuk.

Bagaimana cara nak mengenali aperture?
  • Kalau lihat dekat lense,biasanya ia dalam format "F-Stop".For example F3.5 atau f/3.5
Jom kita tengok foto kat kat bawah ney..supaya anda faham dengan terang and jelas gitu..hehe..


Lense kat atas ney adalah Kitlense 18-55 mm biasanya mempunyai  range aperture between F3.5-F5.6 or f/3.5 - f/5.6

Cara nak guna aperture?

  • Aperture besar atau kecil disebut 'terbalik' dgn nombornya
  • Exp: f/1.8 adalah aperture yg besar jika dibandingkan dgn f/16, walaupun dalam angka, 16 itu adalah lebih besar daripada 1.8
  • Why kita katakan 1.8 tue adalah besar? coz diameter bukaan lens pd f/1.8 adalah lebih luas jika dibanding dengan diameter bukaan pd f/16

Jika korang masih Kurang faham? Sila rujuk gambarajah dibawah:


Bila aperture f/1.8,iaitu pada angka kecil,bukaan diameternya adalah luas
Bila aperture f/16,iaitu pada angka besar,bukaan diameternya adalah kecil

Peranan aperture:

1.Mengawal kemasukkan cahaya
  • Jika kita lihat  aperture  f/1.8, bukaannya yg luas membenarkan lebih banyak jumlah cahaya yang masuk jika dibandingkan dengan bukaan aperture f/16.
  • Bila korang menggunakan aperture yg berubah-berubah, katakan aperture  f/3.5 hinggalah f/22, anda akan dapati hasil gambar aperture f/3.5 adalah lebih terang daripada gambar aperture f/22.
Jom tengok gambar ney..


So,semakin besar aperture,semakin banyaklah cahaya yang masuk.
2.Mengawal depth of field and effect bokeh



Okay,em..saya akan cuba terangkan lah eyk..apa kaitan aperture ney dengan depth of field..and kenapa plak ada effect bokeh..sebenarnya,kalau korang nak tahu,aperture neylah yang memainkan peranan penting untuk menentukan depth of field.
senang cerita tengok gambar kat bawah ney lagi..hohoho..




tengok gambar kat atas ney..sebelah kiri ney great depth of field..and yang kanan shallow depth of field.

The conclusion is:
  • Semakin besar aperture -------> semakin shallow depth of field ------> semakin bokeh hasil gambar tersebut.
  • Semakin kecil aperture -------->semakin great depth of field ------->semakin kurang bokeh gambar tersebut.
okay..setakat ney jelah yang saya faham and boleh kongsi dengan korang semua eyk..


No comments: